Piala Dunia: Sepanyol Tersingkir Awal Selepas Tewas Kepada Chile 2-0
Juara bertahan, Sepanyol tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2014 selepas tewas 0-2 kepada Chile dalam perlawanan Kumpulan B.
Sepanyol yang dibelasah 1-5 oleh Belanda dalam perlawanan pertama sangat memerlukan kemenanagan bagi menghidupkan peluang untuk bersaing merebut tempat ke pusingan kedua.
Pengendali Sepanyol, Vicente Del Bosque nyata mengekalkan kesebelasan yang agak sama sambil meletakkan Diego Costa dibahagian serangan namun asakan demi asakan ke kubu Chile masih gagal menghasilkan jaringan.
Sebaliknya, Chile yang sekali-sekala menyerang berjaya memanfaatkan peluang yang ada dan membuka jaringan melalui Eduardo Vargas.
Penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila kesilapannya menepis bola sepakan Alexis Sanchez menyebabkan bola tersebut di kaki pemain tengah Chile, Charles Aranguiz yang tenang merembat bola tersebut menewaskan Casillas.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment