Piala Dunia: Perancis Belasah Switzerland 5-2
Perancis membelasah Switzerland 5-2 pada perlawanan Piala Dunia Kumpulan E di Arena Fonte Nova, Salvador, Brazil, sebentar tadi.
Perancis mendahului 3-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Olivier Giroud pada minit ke-17, Blaise Matuidi pada minit ke-18 dan Mathieu Valbuena pada minit ke-40.
Sebelum itu, Karim Benzema terlepas peluang menjaringkan gol ketiga Perancis apabila sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol lawan.
Namun, Benzema menambah derita Switzerland selepas rehat dengan gol keempat Perancis pada minit ke-67.
Sissoko Moussa melengkapkan gol kelima Perancis pada minit ke-73.
Namun, Switzerland merapatkan jurang dengan gol pertama jaringan Blerim Dzemaili pada minit ke-81 dan Granit Xhaka pada minit ke-87.
Benzema sekali lagi menemui gawang pada akhir perlawanan tetapi jaringan itu tidak dikira kerana pengadil sudah meniupkan wisel penamat.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment