Papagomo Wan Azri Rayu Bayar Saman Anwar RM100 Sebulan adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Papagomo Wan Azri Rayu Bayar Saman Anwar RM100 Sebulan membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Papagomo Wan Azri Rayu Bayar Saman Anwar RM100 Sebulan






Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo merayu di mahkamah untuk membayar RM100 sebulan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dirinya kini berkerja sebagai seorang nelayan.

“Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan,” kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.


Papagomo berkata demikian di luar mahkamah dan turut memberitahu yang dia telahpun menjual sahamnya di KL POS Media & Production Sdn Bhd. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.



Beliau juga turut memaklumkan dalam satu kenyataan yang perjuangan beliau adalah “Rakyat VS Dajjal” di mana kemudiannya ditempelak orang ramai agar Papagomo fahami semula apa itu Dajjal kerana dirinyalah yang seperti Dajjal yang kuat memfitnah dan akhirnya terbukit benar memfitnah.

Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo. Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan empat kenyataan memfitnah dalam blognya.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Papagomo Wan Azri Rayu Bayar Saman Anwar RM100 Sebulan ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.