Ngeri! Kepala Pecah, Otak Tercampak Dilanggar Lari (2 Gambar) adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Ngeri! Kepala Pecah, Otak Tercampak Dilanggar Lari (2 Gambar) membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Ngeri! Kepala Pecah, Otak Tercampak Dilanggar Lari (2 Gambar)





Mengerikan apabila otak seorang penunggang motosikal yang maut digilis sebuah lori tercampak di atas jalan raya dalam kejadian di Kilometer 35.8 Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bulatan Bilion, Cheras semalam.

Dalam kejadian jam 8.08 pagi itu, bahagian kepala hingga pinggang mangsa hancur berkecai digilis lori sejurus mangsa terjatuh dari motosikal ditunggang.


Difahamkan, mangsa, Bahtiyar Baharin, 52, dari Taman Cheras Utama di sini, dikatakan terjatuh ke sebelah kanan selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah motosikal lain yang mengelak sebatang dahan pokok di bahu lebuh raya.


Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Markandan Subramania berkata, mangsa yang terjatuh tidak sempat mengelak sebelum digilis lori berkenaan.


“Seorang lagi mangsa, Muhammad Mazheruddin Yahaya, 25, yang juga petugas di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) yang terjatuh hanya mengalami cedera ringan.


“Berdasarkan siasatan awal polis, Muhammad dikatakan mengelak sebatang dahan pokok yang terjuntai masuk dan menghalang laluan kecemasan di lebuh raya berkenaan.


“Akibatnya dia menggesel motosikal ditunggang Bahtiyar menyebabkan kedua-duanya terjatuh,” katanya.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal maut selepas digilis tayar belakang sebuah lori yang dirempuhnya. Dalam kejadian jam 2.40 petang semalam, mangsa, Masumi Ahmad, 57, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat, sebelum terbabit nahas di Jalan Cheras – Kajang di sini.


Mangsa dikatakan tidak sempat menekan brek lalu merempuh lori berkenaan menyebabkan dia terperosok di bawah lori dan digilis.


Mangsa yang digilis di leher maut di lokasi kejadian.



This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Ngeri! Kepala Pecah, Otak Tercampak Dilanggar Lari (2 Gambar) ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.