Ngeri! Jari Anggota Bomba Hampir Putus Akibat Terbelit Hos
Aduh, seriau rasanya melihat gambar jari seorang anggota bomba, Masri Tamam yang hampir terputus semasa operasi memadamkan kebakaran di sebuah kilang membuat span perabot, tengahari semalam.
Menerusi maklumat yang diberikan, kejadian berlaku apabila jarinya terbelit pada hos semasa membawa masuk peralatan berkenaan ke lokasi kebakaran.
Masri dijadualkan menjalani pembedahan kecil pada hari ini dan menurut doktor yang merawatnya, jari tersebut masih boleh disambungkan selagi tidak bertukar kehitaman.
Kami doakan segalanya dipermudahkan untuk anggota bomba ini dan diharap agar dia dapat kembali bertugas selepas ini.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment