Keadaan Terkini Remaja OKU Dilaporkan Tidak Membimbangkan
Remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai pagi ini, dilaporkan berada dalam keadaan tidak membimbangkan setelah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
Pemeriksaan doktor mendapati dia tidak mengalami demam, mahu pun batuk. Sehingga kini pihak hospital mesih tidak mengetahui sejarah perubatan remaja ini kerana tidak mempunyai rekod mengenainya.
Remaja itu akan dilindungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara laporan penuh daripada pihak hospital. Polis juga diminta menyiasat perkara itu jika terdapat unsur penderaan dan pengabaian.
Identiti Remaja OKU Yang Ditemui Dikurung
Nama remaja OKU itu ialah Muhammad Firdaus Dullah berusia 15 tahun dan merupakan OKU ‘celebral palsy’. Dia dan ibunya berasal dari Sabah. Ibu bapanya telah bercerai dan ibu yang menjaganya telah putus hubungan dengan bekas suami. Bagaimanapun, ibu remaja berkenaan menafikan anaknya dikurung dan diabaikan.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment