ISU HALAU WANITA HAMIL DARI KAPAL, AIR ASIA TAMPIL BERI JAWAPAN adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya ISU HALAU WANITA HAMIL DARI KAPAL, AIR ASIA TAMPIL BERI JAWAPAN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





ISU HALAU WANITA HAMIL DARI KAPAL, AIR ASIA TAMPIL BERI JAWAPAN






AirAsia Jawab Isu Wanita Hamil Dilarang Naiki Pesawat - KUALA LUMPUR : AirAsia Berhad (AirAsia) tidak membenarkan seorang wanita mengandung menaiki penerbangan AK 6220 untuk pulang ke Kuala Terengganu, Terengganu dari Kuala Lumpur malam semalam atas faktor keselamatan.



AirAsia dalam satu kenyataan media menjelaskan, wanita wanita itu diketahui hamil 28 minggu dan tidak mempunyai surat daripada doktor yang menyatakan dia selamat untuk menaiki penerbangan.



“Peraturan ini terkandung dalam terma dan syarat penerbangan maka AirAsia tidak dapat menerimanya sebagai penumpang atas faktor keselamatan.



“Bagaimanapun AirAsia telah menyediakan penginapan percuma dan menukar penerbangan mereka tanpa caj tambahan dan terbang pulang pada hari berikutnya selepas mendapat surat doktor,” kata kenyataan itu hari ini.



Menurut kenyataan itu, penumpang hamil perlu memberitahu syarikat penerbangan itu dan menandatangani Penyata AirAsia / AirAsia X Liabiliti Terhad untuk kehamilan sehingga 27 minggu.



BACA: VIDEO LUAHAN SUAMI ISTERI HAMIL DIHALAU DARI PESAWAT AIR ASIA







Bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, penumpang dikehendaki menyerahkan surat pengesahan doktor yang mengesahkan jumlah minggu kehamilan.



Semalam tersebar dakwaan di media sosial sepasang suami isteri dan anak yang bergegas pulang dari Seoul, Korea Selatan untuk menghadiri majlis pengkebumian bapa mereka gagal melakasanakan niat tersebut akibat “dihalau” oleh AirAsia.



AirAsia didakwa enggan membenarkan pasangan tersebut menaiki penerbangan AiraAsia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu malam alasan wanita terbabit sedang mengandung tujuh bulan.



Ramai pengguna Facebook mempersoalkan mengapa pasangan itu dibenarkan oleh Malaysia Airlines (MAS) untuk terbang selama lima jam dari Seoul, Korea ke Kuala Lumpur tetapi dihalang oleh AirAsia yang penerbangan hanya memakan masa sekitar 40 minit. – MyNewsHub




ISU HALAU WANITA HAMIL DARI KAPAL, AIR ASIA TAMPIL BERI JAWAPAN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.