Gagal Hadir Perbicaraan, Aidil Diperintah Bayar RM300 Kepada Rita adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Gagal Hadir Perbicaraan, Aidil Diperintah Bayar RM300 Kepada Rita membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Gagal Hadir Perbicaraan, Aidil Diperintah Bayar RM300 Kepada Rita








Sumber: Berita Harian



Selepas Astro Gempak menyiarkan artikel mengenai maklum balas Aidil Zafuan terhadap bekas isterinya Rita Rudaini, hari ini sekali lagi kami mendapat berita tentang bintang bola sepak popular itu.



Menerusi laporan Berita Harian hari ini (Rabu), Aidil atau nama sebenarnya Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, diperintah membayar RM300 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini, selepas gagal hadir prosiding perbicaraan permohonan tuntutan nafkah dua anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada Selasa.



Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah, memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, yang mewakili Rita selaku plaintif, yang memohon satu kos dikenakan ke atas defendan berikutan ketidakhadiran ke mahkamah kerana berada di Kuching, Sarawak atas urusan kerja.



Kegagalan Aidil yang juga pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) untuk hadir juga menyebabkan kes itu yang sepatutnya disambung dengan soal balas peguam plaintif terhadapnya tertangguh.



“Sepatutnya defendan (Aidil) perlu beri komitmen dalam kes ini walaupun ada arahan daripada majikan (untuk menyertai perlawanan bola sepak). Tapi, perlu diingat kehadiran dalam kes ini adalah atas perintah mahkamah.



“Perlawanan bola sepak, malam (malam tadi) dan kes ini siang (semalam), sepatutnya majikan perlu ambil inisiatif untuk sediakan penerbangan lewat bagi membolehkan defendan hadir. Alasan remeh temeh menyebabkan kes tertangguh. Justeru, saya harap defendan dapat berikan komitmen selepas ini,” katanya.



Terdahulu, Mohd Zaidi memaklumkan kepada mahkamah pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan soal balas terhadap defendan dan meneruskan kes dengan soal semula peguam defendan terhadap defendan.








Gagal Hadir Perbicaraan, Aidil Diperintah Bayar RM300 Kepada Rita ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.