DR. ASRI RESPON ISU KEPALA LEMBU DI DEPAN RUMAH ADUN DAP adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya DR. ASRI RESPON ISU KEPALA LEMBU DI DEPAN RUMAH ADUN DAP membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Kepala lembu yang diletakkan di luar rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP merupakan satu bentuk provokasi yang dilarang Islam dan patut dihentikan segera, kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Bekas mufti Perlis itu berkata, semua pemimpin di Malaysia tanpa mengira agama digesa menghentikan perbuatan sedemikian dan mendidik masyarakat untuk tidak menerima perbuatan sedemikian.
“Kita harus menghentikannya. Jangan bermain dengan api. Perbuatan ini salah. Tidak kira sama ada yang melakukannya daripada pihak kerajaan, DAP atau orang biasa.
“Tidak kiralah siapa pelakunya. Ia jelas bertentangan dengan Islam. Namun pada masa sama, kita tidak boleh menuduh kerajaan yang melakukannya kerana sesiapa sahaja berkemungkinan berbuat demikian,” katanya.
Asri berkata, kerajaan mendakwa DAP merupakan dalang perbuatan itu sementara DAP pula mendakwa pihak lain perlu bertanggungjawab.
Katanya, tiada guna untuk menuding jari sebaliknya apa yang diperlukan saat ini adalah pemimpin bersatu mengutuk perbuatan sedemikian.
“Semua pemimpin terutaman pada bulan Ramadan mesti mencari penyelesaian damai.
“Kerajaan dan pihak pembangkang mesti memikirkan politik jangka panjang yang memberi faedah kepada negara,” katanya.
Asri berkata, Al-Quran jelas menyatakan dalam surah Al-Anam ayat 108 yang bermaksud negeri orang Islam mesti tidak menggangu penganut agama lain untuk menunaikan amalan agama mereka.
Katanya, DAP dan NGO Melayu digesa tidak terus membangkitkan isu ini yang mana akan menyinggung pihak tertentu dan menyebabkan provokasi bertambah buruk.
“Kritikan yang membina sangat dialu-alukan dalam masyarakat tetapi provokasi yang mencetuskan ketegangan dan huru hara perlu dielakkan,” katanya.
Pagi semalam kepala lembu yang masih berdarah diletakkan di depan rumah Adun DAP RSN Rayer selepas kenyataan “Umno Celaka” dilemparkannya bulan lalu.
Walaupun MCA, MIC dan Gerakan mengutuk insiden berkenaan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kejadian itu adalah “harga yang perlu dibayar Rayer kerana mulutnya yang celupar.
Bagaimanapun, Rayer yang juga Adun Seri Delima tidak mengaitkan insiden berkenaan dengan kenyataan kontroversinya itu, lapor TMI.
DR. ASRI RESPON ISU KEPALA LEMBU DI DEPAN RUMAH ADUN DAP

DR. ASRI RESPON ISU KEPALA LEMBU DI DEPAN RUMAH ADUN DAP ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment