Cop Haram Lebih Penting Daripada Cop Halal – Dr Asri adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Cop Haram Lebih Penting Daripada Cop Halal – Dr Asri membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Cop Haram Lebih Penting Daripada Cop Halal – Dr Asri





Label haram untuk sesuatu produk lebih penting di Malaysia berbanding cop halal kerana negara ini merupakan majoriti penduduknya beragama Islam, kata bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri berkata, melalui kaedah sedemikian, mana-mana pengeluar dan premis produk yang tidak halal seharusnya mempamerkan logo berkenaan di premis mereka.


“Dalam negara seperti Malaysia yang orang Islam merupakan majoriti, tidak perlu cop halal, kita perlu cop haram.


“Yang halal sudah tentu banyak, yang haram sudah tentu sedikit, itu lebih selamat,” katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk “Isu Halal: Apa Hak Pengguna” di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam hari ini.


“Takkan orang bodoh nak bubuh cop haram palsu,” katanya.


Asri berkata, dalam isu produk yang dikeluarkan pengilang dan mempunyai isu berkenaan kredibiliti halal mereka, pengguna tidak seharusnya cepat melatah.


“Tuhan tidak akan menghukum manusia yang buat kesilapan.


“Tuhan jadikan alam untuk manusia, kalau salah Dia ampunkan,” katanya.


Jelas Asri, berdasarkan konsep agama, semua benda adalah halal, kecuali dibuktikan haram.


“Jika seseorang menuduh sesuatu benda itu haram, maka dia kena buktikan benda itu haram,” katanya.


Umat Islam membentuk sebahagian besar komuniti rakyat di negara ini, sekitar 61% daripada 29 juta populasi rakyat Malaysia.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merupakan badan yang bertanggungjawab mengawal selia persijilan halal di Malaysia meliputi pelbagai produk.


Isu coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi mencetuskan kekhuatiran umat Islam apabila dua produk coklat syarikat itu disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengandungi DNA berkenaan.


Asri berkata, di samping bergantung kepada kredibiliti persijilan halal Jakim, umat Islam seharusnya sedar akan konsep keluasan agama.


“Apa yang Jakim cop halal sudah tentu halal, apa yang Jakim tidak cop halal belum tentu haram.


“Boleh kita bergantung pada cop halal, tetapi perlu ada keluasan agama,” katanya.



This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Cop Haram Lebih Penting Daripada Cop Halal – Dr Asri ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.