Alat Jimat Elektrik - Berbaloikah Untuk Kita Beli? adalah Entri ulangsiar dari Gila Online! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Alat Jimat Elektrik - Berbaloikah Untuk Kita Beli? membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Alat Jimat Elektrik - Berbaloikah Untuk Kita Beli?







Terdapat pelbagai jenama dan jenis alat jimat elektrik kini berada dipasaran. Rata-rata harga bagi alat jimat elektrik ini dipasaran diantara RM130 hingga RM350 namun, adakah alat ini benar-benar mampu menjimatkan penggunaan elektrik dirumah sekaligus dapat memberi penjimatan bil elektrik setiap bulan?.



Terdapat banyak laman web yang giat memperomosikan alat jimat elektrik ini. Dengan menjanjikan penjimatan bil elektrik sehingga 25%-30% siapa yang tak mahu berjimat kan?. Mereka juga turut melampirkan testimoni-testimoni yang didakwa dari pelanggan mereka yang telah berjaya menjimatkan bil elektrik dengan kadar penggunaan elektrik yang sama.



Saya sendiri pada mulanya tertarik untuk membeli alat jimat elektrik ini apabila didekati beberapa orang jurujual di pasar raya TESCO. Mereka bersungguh-sungguh cuba meyakinkan saya hingga sanggup memberi jaminan jika dalam tempoh tiga bulan penggunaan masih tiada penurunan caj bil elektrik wang akan dikembalikan.



Tapi apabila saya melihat alat jimat elektrik itu depan mata sendiri, terdetik dihati seperti tidak percaya yela takkan benda yang seringkas dan sekecil ini mampu menjimatkan elektrik sehingga 30%. Dengan kualiti yang saya lihat meragukan macam buatan sendiri saja.



Ternyata bukan saya saja yang rasa begitu. Terdapat banyak komen negatif tentang alat jimat elektrik ini lebih-lebih lagi di forum online. Ada yang kata memang berkesan boleh jimatkan elektrik tapi lepas 5 hingga 6 bulan alat itu dah tak berfungsi lagi. Fuhh selamat duit, yela jurujual tu bagi jaminan untuk 3 bulan saja kalau bil elektrik tiada penjimatan wang akan dikembalikan tapi kalau lepas 5-6 bulan dah tak jimat elektrik macam mana pula.






Bagi saya sama ada boleh jimat bil elektrik atau tidak semuanya bergantung dengan cara penggunaan kita sendiri. Jangan dek kerana sikap kita yang tak berhemah dalam penggunaan elektrik ada pihak lain mengambil kesempatan mengaut keuntungan mudah. Buat alat yang nampak ajaib sikit dengan penerangan yang mengalahkan jurutera bukan semua orang faham pun. Yang orang faham boleh jimat bil elektrik saja.



Lebih baik berwaspada sebab pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) hanya mengesahkan alat ini selamat digunakan tetapi bukan pengesahan yang alat jimat elektrik ini benar-benar berkesan.




Alat Jimat Elektrik - Berbaloikah Untuk Kita Beli? ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Gila Online merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Gila Online iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.