Ketika tercetus kemelut Negara Islam yang dipelopori oleh PAS, orang yang paling kuat meracau adalah Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Karpal Singh yang sentiasa digembar-gemburkan sebagai HARIMAU JELUTUNG sehinggakan mencabar PAS agar melangkah mayatnya dan Lim Kit Siang terlebih dahulu jikalau meneruskan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.
Pengisytiharan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir sekitar 2001 bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, telah membuatkan Karpal Singh mencemuh dan mencerca Tun Dr. Mahathir dan UMNO yang disifatkannya sebagai sudah melupakan ikrar sebenar penubuhan negara ini iaitu Negara Sekular.
Lebih dua dekad, akhirnya peluang untuk melangkah mayat Karpal Singh terhidang di hadapan mata. Karpal Singh terbunuh dalam satu kemalangan melibatkan kenderaan SUV yang dinaikinya dengan sebuah lori di KM 301.6 Lebuhraya PLUS menghala ke utara.
Masalahnya ialah, mampukah para pemimpin PAS, khususnya Nik Aziz dan Hadi Awang yang mengepalai kempen untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam mengikut acuan PAS, melangkah mayat Karpal Singh yang sudah terkedang kaku? Atau mereka juga seperti Hishamuddin Rais, si penganut Atheisme dan penghina Islam itu, akan membacakan al Fatihah kepada roh Karpal Singh dan mendoakan agar dia dimasukkan ke syurga.
Mungkin ada yang akan menyatakan, kematian Karpal Singh adalah satu kehilangan besar kepada negara. Namun sepanjang hidupnya, Karpal Singh tidak memberikan banyak sumbangan kepada negara, meskipun berdekad-dekad dia menjadi Ahli Parlimen. Sebaliknya Karpal Singh menggunakan popularitinya sebagai Ahli Parlimen dan ADUN untuk memakmurkan syarikat guamannya. Hasil daripada populariti tersebut, Karpal Singh dan firma guamannya berjaya mendapat upah untuk mengendalikan banyak kes berprofil tinggi termasuklah yang terbaru, kes liwat Anwar Ibrahim.
Kematian Karpal Singh memberikan impak yang cukup besar kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Walaupun ada masa-masanya, Karpal Singh seakan-akan tidak sependapat dengan Anwar Ibrahim dan keseluruhan Pakatan Rakyat, namun kerana namanya Karpal Singh, kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PAS memilih untuk tidak bersuara dan menyanggahnya. Bahkan memberikan sokongan kepadanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Selepas UMNO menyatakan persetujuan untuk menyokong usul yang akan dibentangkan oleh PAS membabitkan perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan, kematian Karpal Singh juga merupakan ujian terbesar kepada PAS untuk membuktikan yang mereka benar-benar ikhlas dengan undang-undang hudud dan Negara Islam, bukan hanya mahu menggunakan isu undang-undang hudud dan Negara Islam sebagai kaedah mendapatkan undi daripada masyarakat Islam.
Masyarakat Melayu-Islam merupakan kelompok yang terbahagi kepada beberapa pecahan dengan puak terbesar adalah penyokong UMNO dan penyokong PAS. PAS pula bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh UMNO. Bagaimanapun, beberapa kerusi sub-bandar atau campuran, PAS terpaksa mengalah dan menyerahkannya kepada PKR untuk ditandingi.
Apakah kematian Karpal Singh akan membuatkan para pemimpin PAS lebih berani untuk bertindak atau memperkasakan tuntutan serta perjuangan mereka sendiri? Dan biarpun lebih 24 jam lepas, Hadi Awang menyatakan, PAS tidak akan peduli dengan tentangan Anwar Ibrahim atau Karpal Singh, niat untuk mewujudkan undang-undang hudud di Kelantan tetap akan diusahakan, namun dengan kematian Karpal Singh yang dilihat merupakan orang yang paling kuat membangkang cadangan menukarkan negara ini menjadi Negara Islam, PAS sepatutnya sudah ada kekuatan.
Atau PAS sebenarnya akan mencari alasan lain dan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional sebagaimana yang mereka kerap lakukan apabila PAS dibedal oleh PKR dan DAP dalam beberapa isu yang diusulkan atau disuarakan oleh PAS sendiri?
Yang pasti kematian Karpal Singh membuka satu lagi ruang terbaik untuk melihat sejauh manakah PAS sanggup bertahan dengan perjuangan mereka sendiri!!!
Entri: Perlukah kita hormati Karpal Singh? Republish from: http://isuterhangat.blogspot.com/2014/04/perlukah-kita-hormati-karpal-singh.html
Post a Comment