Syukur Alhamdulillah, itu sahaja mampu aku ucapkan bila terbaca satu berita pada hari ini mengenai seorang model yang satu ketika dahulu terkenal di majalah 'PlayBoy' iaitu Felixia Yeap.



Suatu ketika hari tu, Felixia tampil dengan imej bertudung lengkap berjubah seperti wanita melayu Islam dan terdapatlah pula perbagai tomahan dan tak kurang juga yang memuji beliau atas sifat baik tersebut. Ramai yang telah mendoakan supaya diberikan hidayah kepada Felixia dan kini ianya hampir menjadi kenyataan.

Dari sumber yang aku baca pada hari ini, Felixia Yeap atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee berkata beliau bukan sengaja mahu menangguh hajat beliau tersebut tapi lebih kepada memerlukan masa untuk lebih mendalami tentang Islam.



"Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya upaya mencari masa untuk membaca buku agama. Katanya.



"Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam, tambah Felixia lagi.



Semoga kamu terus diberikan Hidayah olehNya Felixia, kami gembira untuk menerima saudara baru seperti kamu.



sumber





Entri: Felixia Yeap Akan Memeluk Islam Ramadhan Ini Republish from: http://isuterhangat.blogspot.com/2014/04/felixia-yeap-akan-memeluk-islam.html

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.