REMAJA MATI KERAS SELEPAS MAIN GAME 40 JAM TANPA MAKAN! Nyawa seorang remaja berusia 18 tahun melayang gara-gara bermain video game selama 40 jam tanpa makan dan minum sepanjang tempoh berkenaan. Mayatnya ditemui oleh seorang pekerja di siber kafe berkenaan pada 15 Julai lalu.



Pekerja terbabit menemui remaja tersebut sedang duduk di kerusi di dalam kafe tersebut dan apabila dia mengejutkan remaja berkenaan, remaja itu rebah. Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai di hospital.



Polis masih menyiasat punca kematian dan bedah siasat akan dijalankan ke atas mayatnya. Bagaimanapun punca kematian dipercayai akibat sakit jantung selepas duduk selama berjam-jam dalam posisi yang sama.



Remaja itu meninggal dunia ketika sedang bermain permainan video game terbaru dan ini merupakan kematian kedua dilaporkan pada tahun ini melibatkan video game.



Februari lalu, seorang lelaki di New Taipei ditemui mati di atas kerusi dengan badanya menghadap komputer manakala tangannya pula masih memegang papan kekunci komputer.



Dia dipercayai telah bermain video game selama 23 jam dan punca kematian akibat serangan jantung.



Gambar di atas adalah untuk kejadian mati akibat bermain game selama 23 jam (pada Februari lalu), gambar untuk remaja yang mati selepas bermain 40 jam belum ada ketika berita ini dimuat naik.









Entri: Remaja maut selepas 40 jam main game ! Republish from: http://isuterhangat.blogspot.com/2014/03/remaja-maut-selepas-40-jam-main-game.html

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.