Oleh Iskandar Shah Mohamed, Suraya Roslan, Gaddafi Musli dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 17 hari lalu terungkai apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengesahkan penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan oleh pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) petang tadi yang memaklumkan data satelit INMARSAT melakukan kiraan lanjut dan mengesahkan pesawat itu terbang ke Koridor Selatan.






"Lokasi terakhir pesawat MH370 terbang dikesan di tengah Lautan Hindi di Barat Perth, Australia.



"Ini adalah lokasi terpencil yang jauh daripada mana-mana lokasi pendaratan. Oleh itu, saya dengan dukacitanya memaklumkan penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi," katanya.

Foto



Kata Najib, kerajaan akan berkongsi maklumat dengan keluarga penumpang dan sidang media lanjut mengenai perkara berkenaan akan dibuat dalam masa terdekat.



sumber





Entri: MH370 berakhir di Lautan Hindi Republish from: http://isuterhangat.blogspot.com/2014/03/mh370-berakhir-di-lautan-hindi.html

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.