CABARAN untuk membesarkan anak-anak ketika di peringkat remaja bukanlah sesuatu yang mudah ditambah pula dengan gelojak jiwa remaja.



Malah, perkara ini turut diakui oleh selebriti cantik, Rozita Che Wan, apabila dua anak lelakinya, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, kini mempunyai keinginan seperti remaja lain.



Akui Che Ta, insiden yang menyebabkan kematian enam remaja di konsert Festival Future Music Asia (FMFA) 2014, memberi iktibar kepada dirinya untuk lebih berhati-hati.



Menurut isteri kepada Zain Saidin ini, kebetulan pula, anak lelakinya itu turut mengunjungi konsert berkenaan.



"Sebenarnya, anak saya pun turut ke sana untuk menonton konsert berkenaan. Tapi, sebelum itu, saya dah pesan awal-awal dan bagi 'khutbah' siap.



"Lagipun, saya benarkan dia pergi kerana saya kenal kawan-kawannya. Mereka juga turut dipantau ibu bapa juga.



"Bagi saya, sekadar nak tengok konsert dan dengar muzik, itu tidak mengapa," katanya yang tidak menyangka konsert berkenaan turut 'dibekalkan' dengan najis dadah.



Tambah bakal ibu ini, anaknya juga hanya mengetahui kejadian yang berlaku di konsert berkenaan menerusi berita.



"Ketika kejadian, mereka ada di sana, namun tidak tahu situasi berkenaan, mungkin kerana orang terlalu ramai.



"Kalau saya tahu konsert itu turut dicemari dengan dadah, memang saya tak akan benarkan mereka pergi," katanya lagi.



Ibu bapa perlu pantau




Merasakan pihak penganjur perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, Che Ta turut melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa yang terlibat.



Katanya, pengaruh budaya barat dan pergaulan bebas menyebabkan remaja berkenaan bertindak di luar batasan tanpa memikirkan kesan terhadap diri sendiri.



"Nak kata tak cerdik, kebanyakan daripada mereka pelajar universiti. Ini adalah pengaruh kawan-kawan atau kejutan budaya. Lebih menyedihkan, ada juga yang bertudung.



"Sebagai ibu bapa, kita kena pantau pergerakan anak-anak, kena ambil tahu dengan siapa mereka berkawan. Kerajaan juga kena lebih tegas.



"Tahun lalu, 20 orang terkorban tapi tahun ini mereka buat lagi konsert itu. Tak ada faedah pun, cukuplah sekadar layan muzik di radio dan tengok konsert yang lebih berhemah," kata pengacara Primadona ini.



Jelas Che Ta, lebih baik sekiranya kerajaan menggunakan cara yang lebih sihat untuk menggalakkan pelancong datang ke negara ini selain konsert 'gila' itu.



"Kepada golongan remaja, janganlah bercampur dengan kawan yang tidak elok kerana ia boleh mengundang musibah kepada kita.



"Kalau kita berkawan dengan penjual wangian, kita akan bau wangi. Tapi, kalau kita berkawan dengan tukang besi, kita juga akan terkena percikan api itu," katanya lagi.













Entri: Mati overdose - Anak Che Ta juga berada di konsert FMFA14 Republish from: http://isuterhangat.blogspot.com/2014/03/mati-overdose-anak-che-ta-juga-berada.html

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.