
KUALA LUMPUR - Demi cinta terhadap seorang 'jeneral' dalam tentera Amerika Syarikat yang dikenali menerusi laman sosial, seorang ibu tunggal warga tempatan sanggup menjual harta bendanya dan menyerahkan hasil jualan berjumlah RM5 juta itu kepada lelaki berkenaan tanpa menyedari dirinya ditipu oleh satu sindiket antarabangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, sejak 2010, wanita berusia 63 tahun itu yang berasal daripada keluarga berada, sanggup menjual banglonya di Bangsar dengan nilai RM3.5 juta manakala RM1.5 juta lagi diperoleh dengan menjual tanah miliknya, berhutang dengan rakan serta saudara untuk diberi kepada lelaki itu.
"Polis telah menjejaki sindiket itu sejak anak wanita itu membuat laporan polis pada September tahun lepas, manakala ibu tunggal itu enggan bekerjasama kerana yakin terhadap cintanya itu sungguhpun siasatan mendapati 'jeneral' itu sebenarnya tidak wujud," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Izany berkata, hasil intipan sejak lapan bulan lalu, polis menahan 15 lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan berusia 50 tahun yang menjadi pemilik akaun bank untuk transaksi.
Mereka ditahan pada Isnin dan semalam, sekitar Kota Damansara, Subang Jaya dan ibu negara.
Hasil siasatan polis mendapati kesemua 15 warga Nigeria itu berusia antara 25 dan 30 tahun, adalah pelajar di kolej swasta di sini dan mereka ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan kes penipuan internet mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kata Izany.
sumber
Entri: Ibu Tunggal Bodoh Serah RM5 Juta Pada Lelaki Nigeria Mengaku JENERAL Republish from: http://isuterhangat.blogspot.com/2014/03/ibu-tunggal-bodoh-serah-rm5-juta-pada.html
Post a Comment