• Bayi melecur: Keluarga mungkin ambil tindakan

  • Khairul Nizam dan Nur Shazira menyiram air di pusara anak mereka, semalam. - Foto Sinar Harian





YAN - “Kami mungkin ambil tindakan undang-undang kepada klinik swasta berkenaan,” kata bapa kepada Muhammad Nasrullah, 8, yang kembali ke rahmatullah semalam, selepas sebulan menanggung kesakitan akibat melecur di badan.



Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, kecewa dengan kecuaian klinik berkenaan sehingga menyebabkan anaknya meninggal dunia.



“Saya akan bincang perkara ini dengan ahli keluarga terdekat dahulu. Kalau mereka setuju dengan hasrat ini, saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap klinik berkenaan,” katanya, semalam.



Beliau berkata, kecuaian klinik berkenaan sehingga boleh membawa maut tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan perhatian khusus semua pihak.



“Saya kecewa dengan klinik swasta itu. Sebagai rakyat, saya percaya kepada doktor yang merawat anak saya. Tetapi tidak sangka pula anak saya akan jadi macam ini,” katanya.



sumber