Viber

Semalam, Viber yang sebelum ini dikatakan bakal dibeli oleh syarikat lain akhirnya disahkan dibeli oleh syarikat Rakunet yang berasal dari Jepun. Pembelian Viber ini dikatakn mencecah harga $900 juta iaitu sekitar RM2.9 bilion. Rakunet juga dikatakan dalam fokus untuk membawakan aplikasi permesejan yang bakal memberi tentangan kepada Line, aplikasi permesejan dari negara Jepun tersebut.


Aplikasi permesejan telah menjadi sesuatu yang penting dalam kalangan pengguna oleh disebabkan ia hadir dengan fungsi permesejan dan panggilan percuma. Ia merupakan keperluan bagi pengguna di negara Asia walaupun pada negara Eropah dan US, trend ini tidak terlalu menyerlah namun masih memberi keuntungan kepada para pembangun aplikasi permesejan. Hal ini membuatkan Rakunet sanggup menghabiskan $900 juta untuk mendapatkan hak ke atas aplikasi yang dilihat mempunyai masa depan yang cerah.


Selain itu juga, Viber menjadi tarikan Rakunet adalah disebabkan jumlah penggunanya yang dikatakan sekitar 280 juta pengguna walaupun aplikasi ini boleh dikatakan masih setahun jagung. Ia membuatkan aplikasi ini menjadi tarikan Rakunet ingin membeli daripada aplikasi permesejan lain seperti Kik, WeChat atau KakaoTalk.



Sumber : TheNextWeb

The post Viber Kini Dibeli Oleh Rakunet Dengan Harga $900 Juta appeared first on Nizul.






Entri: Viber Kini Dibeli Oleh Rakunet Dengan Harga $900 Juta Republish from: http://nizul.my/viber-kini-dibeli-oleh-rakunet-dengan-harga-900-juta/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.