Twitter baru sahaja memperkenalkan reka bentuk terbaru mereka yang menukar sebahagian warna Twitter kepada yang lebih flat dan pastinya cuba menyelaraskan rupa bentuk vesi web mereka dengan yang terdapat pada telefon mudah alih. Bagi memberikan keselesaan dan juga untuk tujuan penambahan fungsi yang lebih banyak, nampaknya Twitter kini sedang menguji reka bentuk profil kepada yang lebih baru. Lebih mengejutkan, ia kelihatan seperti reka bentuk yang terdapat pada Facebook yang sekarang.
Seperti biasa, Twitter menguji rupa bentuk terbaru ini kepada beberapa pengguna sahaja yang terpilih dan kebanyakannya adalah pembangun atau blogger yang berasal daripada Amerika Syarikat. Gambar yang bersaiz lebih besar di bahagian atas dan juga pilihan navigasi pada rekaan terbaru ini menyerupai yang terdapat pada Facebook yang sekarang. Selain itu, di bahagian tweet pula bukan lagi disusun ke bawah tetapi menyusun ke sisi dan baru ke bawah juga dilihat menyerupai seperti Google+ yang berbentuk kad. Ia juga menambah di bahagian navigasi contohnya tedapat bahagian baru iaitu “photos/videos”.
Twitter cuba untuk menarik pengguna untuk terus menggunakan Twitter memandangkan ia mengalami penurunan pada jumlah pengguna aktif dan sejak ia mula masuk di bursa saham, ia gagal mengikuti jejak langkah Facebook yang berjaya menyerlah di bursa sahama. Mungkin, dengan reka bentuk seperti ini, Twitter bakal kembali bersaing bersama Facebook.
Buat masa ini, tiada kenyataan rasmi reka bentuk ini bakal diperkenalkan kepada pengguna umum tetapi jika ia sudah mula diuji secara umum, ia bakal diperkenalkan tidak lama lagi dan mungkin beberapa minggu dari sekarang.
The post Twitter Sedang Menguji RekaBentuk Baru Untuk Halaman Profil appeared first on Nizul.
Entri: Twitter Sedang Menguji RekaBentuk Baru Untuk Halaman Profil Republish from: http://nizul.my/twitter-sedang-menguji-rekabentuk-baru-untuk-halaman-profil/
Post a Comment