Mencari rezeki adalah matlamat utamanya menceburi dunia seni. Pun begitu, mahu atau tidak, Shahrol Azizie Azmi, 31, atau Shahrol Shiro, kini terpaksa berdepan hakikat berdepan kontroversi. Masih baru bertapak mencipta nama, dia sudah terbabit dalam perang dingin dengan Jep Sepahtu.

Isu yang bermula sejak Maharaja Lawak Mega 2013 dan berlarutan sehingga memberikan tekanan buat artis kelahiran Kluang, Johor ini. Seboleh mungkin dia ingin menjernihkan keadaan kerana mahu fokus pada kariernya yang semakin berkembang.






“Sebenarnya isu dengan Jep bukanlah besar sangat, tapi mungkin sengaja diperbesar-besarkan sesetengah pihak. Agaknya tekanan dalam persaingan MLM membuatkan kami jadi begini. Sebelumnya hubungan kami agak rapat.



“Bagaimanapun penyertaan dalam MLM 2013 mengubah segala-galanya. Sebelum ini saya tak tahu cara kerja Jep. Begitu juga dia pun tak tahu cara kerja saya. Sewaktu bertanding dalam MLM, saya lebih suka duduk diam-diam di belakang pentas untuk fokus kepada persembahan setiap minggu

FotoSHAHROL bersama tenaga penting Rayau Kampung, pengarah fotografi, Johan Aruna (tengah) dan pengarah, Husri Husain.



“Cara Jep pula mungkin lain. Mungkin dari sinilah tercetus isu kami perang dingin. Segelintir peminat turut terpe­ngaruh. Apapun saya tak nak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin,” katanya kepada RAP, baru-baru ini.





sumber





Entri: Shahrol Shiro - Kontroversi datang tak diundang Republish from: http://isuterhangat.blogspot.com/2014/02/shahrol-shiro-kontroversi-datang-tak.html

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.