Baru sahaja Samsung memperkenalkan Galaxy Gear pada tahun lalu, jam tangan yang berasaskan sistem pengoperasian Android itu bersama dengan Galaxy Note 3 dan ia boleh dikatakan baru sahaja mencecah 5 bulan. Namun begitu, atas krtikan pelbagai pihak mengenai jam tangan pintar milik Samsung itu, hari ini pihak Samsung telah memperkenalkan Gear 2 di mana tidak lagi menggunakan Android sebagai sistem pengoperasian milik jam tangan pintar ini namun berubah kepada Tizen OS yang dibina sendiri oleh pihak Samsung seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Selain itu, ia juga hadir dengan Gear 2 Neo di mana berbeza sedikit daripada Gear 2 iaitu ketiadaan kamera padanya. Seperti sedia maklum, ia diperkenalkan pada acara MWC 2014 yang bermula pada hari ini namun sedikit mengejutkan apabila pihak Samsung memperkenalkannya lebih awal daripada acara khas Samsung yang bakal berlangsung sebentar lagi.
Ketiadaan perkataan “Galaxy” di hadapan Gear 2 bukan sengaja diada-adakan tetapi ia menunjukkan ia kini tidak lagi menggunakan Android tetapi Tizen OS. Pihak Samsung juga mengesahkan jam tangan pintar ini mempunyai ketahan bateri lebih lama daripada versi sebelum ini iaitu sekitar 2-3 hari penggunaan asas.
Ia hadir dengan skrin sesentuh bersaiz 1.63 inci, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori dalaman sebanyak 4GB, 512MB RAM, infrared, pengesan degupan jantung, sokongan S-Voice, kalis air dan debuh dengan IP67, kamera dengan kualiti 2 megapiksel dan mampu untuk merakam video berkualiti 720p. Ia juga hadir dengan bateri 300 mAh. Penambahbaikan pada spesifikasi jam tangan pintar ini sedikit mendadak berubah daripada versi asal namun menunjukkan pihak Samsung benar-benar ingin memberikan yang terbaik untuk penggunanya.
Namun begitu, tiada lagi pengumuman harga bagi Gear 2 dan Gear 2 Neo pada hari ini namun mungkin bakal diumumkan oleh pihak Samsung pada acara khas Samsung sebentar lagi yang bakal memperlihatkan Samsung mungkin memperkenalkan Galaxy S5 yang juga bakal kalis air seperti jam tangan pintar Gear 2 ini.
The post Samsung Gear 2 Kini Diperkenalkan Dengan Ketahanan Bateri Lebih Lama appeared first on Nizul.
Entri: Samsung Gear 2 Kini Diperkenalkan Dengan Ketahanan Bateri Lebih Lama Republish from: http://nizul.my/samsung-gear-2-kini-diperkenalkan-dengan-ketahan-bateri-lebih-lama/
Post a Comment