Desas-desus mengenai Samsung Galaxy S5 dan juga Galaxy Gear 2 semakin rancak diperkatakan memandangkan tinggal beberapa hari lagi sebelum acara khas Samsung pada MWC 2014 ini iaitu pada 24 Februari 2014 bersamaan Isnin hadapan. Kini, terdapat khabar angin yang mengatakan Galaxy Gear 2 bakal hadir dengan sistem pengoperasian Tizen yang dibangunkan oleh syarikat itu sendiri dan tidak lagi menggunakan Android seperti yang terdapat pada Galaxy Gear yang diperkenalkan bersama-sama Galaxy Note 3 pada tahun yang lalu.
Seperti yang ramai sedia maklum, Tizen OS merupakan sistem pengoperasian yang dibina sendiri oleh Samsung menggunakan HTML 5 dan sepatutnya pada Januari yang lalu pada CES 2014, Samsung sepatutnya telah memperkenalkan telefon pintar pertama Tizen OS namun atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, mereka terpaksa menangguhkan tarikh pengenalan telefon pintar tersebut.
Samsung tidak mengesahkan sebab utama mereka ingin memperkenalkan Tizen OS dalam masa terdekat tetapi ia mungkin oleh kerana Android tidak mampu memenuhi kehendak dan keperluan yang Samsung inginkan pada jam tangan pintar tersebut. Selain itu, ia membolehkan Samsung memperkenalkan sistem yang lebih unik daripada Android memandangkan Android digunapakai oleh kebanyakan pengeluar telefon pintar di dunia.
The post Samsung Galaxy Gear 2 Bakal Hadir Dengan Tizen OS Dan Bukan Android OS appeared first on Nizul.
Entri: Samsung Galaxy Gear 2 Bakal Hadir Dengan Tizen OS Dan Bukan Android OS Republish from: http://nizul.my/samsung-galaxy-gear-2-bakal-hadir-dengan-tizen-os-bukan-android-os/
Post a Comment