opera-browser-android

Opera hari ini telah mngubah sedikit cara bagaimana pengiklanan dipaparkan kepada para pengguna pelayar web terkenal tersebut dengan membolehkan penggunanya mendapat internet percuma apabila melihat iklan yang dipaparkan di telefon pintar anda. Ia sedikit sebanyak menarik minat pengguna untuk mendapatkan internet percuma selain menarik lebih ramai pengiklan untuk memaparkan ikla di pelayar web tersebut.


Pelayar web yang dikatakan teleh mencecah 350 juta pengguna ini dengan membolehkan para pengguna memilih iklan yang ingin dipaparkan dan setiap iklan mempunyai nilainya tersendiri contohnya internet percuma selama sehari atau layari Twitter selama satu jam sejurus selepas anda melihat iklan tersebut di pelayar web Opera ini.


sponsored-web-pass-low-res


Selepas sahaja internet percuma anda telah tamat tempoh, anda kemudiannya dibolehkan untuk melihat iklan yang lain dan kemudiannya bakal mendapat internet percuma yang seterusnya. Namun begitu, internet percuma yang dimaksudkan hanya boleh digunakan di pelayar web Opera sahaj dan tidak pada setiap aplikasi yang terdapat pada telefon pintar anda. Contohnya anda hanya boleh melayari Twitter dengan melayari laman web tersebut melalui twitter.com di Opera.



Sumber : TheNextWeb

The post Opera Menawarkan Internet Percuma Dengan Melihat Iklan appeared first on Nizul.






Entri: Opera Menawarkan Internet Percuma Dengan Melihat Iklan Republish from: http://nizul.my/opera-menawarkan-internet-percuma-dengan-melihat-iklan/

Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.