Kakao Talk merupakan aplikasi yang tidak asing lagi bagi para pengguna yang menggunakan sistem pengoperasian Android, iOS dan Windows Phone yang membolehkan para pengguna untuk menghantar mesej dan membuat panggilan secara percuma melalui aplikasi mereka. Kakao Talk baru-baru ini telah dilaporkan mempunyai 100 juta pengguna berdaftar membuatkan aplikasi yang dibangunkan dari negara Korea ini antara yang mendapat tempat dihati pengguna selain WeChat, Line dan lain-lain lagi.
Kini, Kakao Talk terus cuba menyerlah di pasaran dengan pengenalan aplikasi untuk telefon pintar Nokia Asha. Menurut Kakao Talk, Nokia Asha adalah antara telefon pintar yang kurang mendapat sambutan di Korea namun bagi memastikan ia terus berjaya meluaskan pasarannya di negara-negara lain, mereka perlu memastikan Kakao Talk boleh didapati di pelbagai sistem pengoperasian.
Buat masa sekarang, aplikasi ini hanya ditawarkan kepada Nokia Asha 500, 501, 502 dan 503 sahaja namun bakal memperkenalkan pada telefon pintar Asha yang lain dalam masa terdekat. Selain daripada Kakao Talk, pesaing terdekatanya iaitu WhatsApp, WeChat dan Line telah memasuki pasaran telefon pintar milik Nokia ini. Selain itu, Line juga pada bulan yang lalu telah memperkenalkan aplikasi milik mereka pada Firefox OS menjadikan Line antara terawal memasuki pasaran sistem pengoperasian Firefox.
The post Kakao Talk Diperkenalkan Kepada Pengguna Telefon Pintar Nokia Asha appeared first on Nizul.
Entri: Kakao Talk Diperkenalkan Kepada Pengguna Telefon Pintar Nokia Asha Republish from: http://nizul.my/kakao-talk-diperkenalkan-kepada-pengguna-telefon-pintar-nokia-asha/
Post a Comment