whatsapp-logo

Baru sahaja Facebook dilaporkan akhirnya berjaya membeli WhatsApp dengan harga $19 Bilion, kini nampaknya timbul pula satu laporan bahawa Google juga sebelum ini berminat untuk membeli syarikat perkhidmatan permesejan dengan harga $10 Bilion. Namun begitu, punca sebenar ia ditolak oelh pihak WhatsApp adalah ketiadaan tawaran untuk menjadi lembaga pengarah oleh Google sepertimana yang ditawarkan oleh Facebook semalam.


Kami juga tidak menafikan laporan ini memandangkan berita mengenai tawaran Google ini pernah dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini yang mengatakan Google sedang berbincang untuk membeli WhatsApp pada pertengahan tahun yang lalu. Namun begitu, pihak WhatsApp menafikan perkara tersebut sekerasnya-kerasnya tetapi mengesahkan terdapat perbincangan antar kedua-dua pihak sebelum. Berita tersebut kemudian tidak kedengaran lagi dan ramai yang beranggapan ia hanya khabar angin yang cuba dibawakan oleh sesetengah pihak.


Google dan Facebook antara sua syarikat yang jelas dapat melihat perusahaan perkhidmatan permesejan adalah sesuatu yang mempunyai masa depan menjadikan ia punca kedua-dua syarikat ini ingin membeli WhatsApp. Malah WhatsApp adalah aplikasi permesejan yang terkenal dan jelas dapat dilihat daripada jumlah penggunanya yang mencapai angka 450 juta.



Sumber : Engadget

The post Google Sebelum Ini Pernah Berniat Membeli WhatsApp Dengan Harga $10 Bilion appeared first on Nizul.






Entri: Google Sebelum Ini Pernah Berniat Membeli WhatsApp Dengan Harga $10 Bilion Republish from: http://nizul.my/google-sebelum-ini-pernah-berniat-membeli-whatsapp-dengan-harga-10-bilion/

Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.