Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Google akhirnya menjual Motorola Mobility kepada Lenovo walaupun pada hakikatnya beberapa projek dan paten milik Motorola masih kekal menjadi milik Google. Namun begitu, apabila berlaku panjualan syarikat, pengarah syarikat tersebut bakal mengalami masalah paling besar iaitu mungkin diturunkan pangkat atau dipinggirkan terus daripada syarikat tersebut.
Perkara ini yang berlaku kepada CEO Motorola, Dennis Woodside yang mungkin kehilangan pekerjaannya tidak lama lagi. Kini terdapat laporan yang mengatakan Dennis bakal menyertai Dropbox sebagai Ketua Pegawai Operasi bagi Dropbox, jawatan pertama seumpama ini pernah ditawarkan oleh pihak Dropbox.
Ia sesuautu tindakan yang kurang bijak namun mungkin beliau cuba menyelamatkan karier hidupnya yang terumbang-ambing sejak bersama Motorola dan mengambil langkah untuk berpindah ke syarikat yang tidak popular seperti Motorola. Namun begitu, kami masih belum berjaya mendapat maklum balas selanjutnya daripada pihak Motorola mahupun Dennis Woodside sendiri tentang perkara ini. Namun Motorola dan Lenovo bakal kehilangan seorang pengarah yang telah berjaya membawa kembali kebangkitan Motorola setelah mengalami kejatuhan.
The post CEO Motorola Dennis Woodside Dilaporkan Bakal Menyertai Dropbox appeared first on Nizul.
Entri: CEO Motorola Dennis Woodside Dilaporkan Bakal Menyertai Dropbox Republish from: http://nizul.my/ceo-motorola-dennis-woodside-dilaporkan-bakal-menyertai-dropbox/
Post a Comment