Seperti sedia maklum Firefox OS merupakan salah satu sistem pengoperasian terbaru yang berjaya mendapat tempat oleh pengeluar telefon pintar selepas Android dan Windows Phone. Selain LG dan beberapa lagi pengeluar telefon pintar lain, kini Alcatel di acara MWC 2014 memperkenalkan beberapa siri telefon pintar yang dikuatkuasakan menggunakan Firefox OS.
Alcatel memperkenalkan 4 jenis peranti di mana salah satunya merupakan tablet. Tiga telefon pintar yang diperkenalkan oleh Alcatel semuanya mempunyai spesifikasi yang boleh dikatakan sederhana seperti mana target Firefox OS hanya hadir dengan spesifikasi yang sederhana.
Namun begitu, bagi salah satu telefon pintar yang diperkenalkan pada MWC 2014 ini, Alcatel membawakan 4.5 inci skrin dengan cip pemprosesan 4 teras dan lebih mengejutkan ia hadir dengan sokongan LTE yang menunjukkan keupayaan sistem pengoperasian berasaskan HTML5 ini tidak dapat dipandang remeh. Ia dikatakan diberi nama model Fire S yang membawa maksud Speed atau lebih tepat laju. Ia juga hadir dengan 8 megapiksel kamera pada bahagian belakang dan juga sokongan NFC.
Bagi dua lagi telefon pintar Alcatel yang terbaru ini, ia tidak membawakan sesuatu yang menyerlah namun masih mampu untuk menyerlah di pasaran Firefox OS. Fire E (Elegant) pula membawakan skrin bersaiz sama dengan Fire S iaitu 4.5 inci namun hanya hadir dengan cip pemprosesan dwi-teras dan kamera berkualiti 5 megapiksel. Manakal Fire C (Cost-conscious) lebih menekankan kepada telefon pintar yang berharga lebih murah dan hanya mempunyai skrin bersaiz 3.5 inci, cip pemprosesan 1.2GHz dwi-teras dan juga kamera hanya menggunakan kualiti VGA.
The post Alcatel Memperkenalkan Telefon Pintar Menggunakan Firefox OS appeared first on Nizul.
Entri: Alcatel Memperkenalkan Telefon Pintar Menggunakan Firefox OS Republish from: http://nizul.my/alcatel-memperkenalkan-telefon-pintar-menggunakan-firefox-os/
Post a Comment