Memang tidak dinafikan produk Apple selalunya menjadi khabar angin yang hangat walaupun pelancaran produk tersebut masih belum dapat dipastikan. Sebelum ini, terdapat beberapa konsep iPhone 6 atau bakal dikenali iPhone Air telah direka oleh peminat Apple. Walaubagaimanapun, konsep yang dipamerkan tersebut belum dapat dipastikan kesahihannya.
Kini, sebuah laman web Teknologi dari China C Technology telah membuat satu artikel yang menunjukkan satu rangka badan telefon pintar yang dikatakan merupakan rangka badan milik Apple iPhone 6 ini. Mempunyai badan yang lebih besar tiada seperti pada iPhone 5 dan iPhone 5s yang hanya mempunyai skrin bersaiz 4 inci, ia mungkin hadir dengan skrin yang lebih besar memandangkan ia merupakan permintaan pasaran pada masa sekarang.
Selain mempunyai badan yang tampak lebih besar, ia juga dilihat mempunyai badan yang lebih nipis dari iPhone sebelum ini. Ia mungkin kerana Apple sedang berusaha untuk memperkenalkan produk yang lebih nipis seperti yang didatangkan pada iPad Air. Gambar di bawah merupakan kerangka yang dikatakan merupakan Apple iPhone 6.
Sumber : BGR
Entri: Rangka Badan iPhone 6 Tertiris di Arena Web Dengan Saiz Tampak Lebih Besar Republish from: http://nizul.my/rangka-badan-iphone-6-tertiris-di-arena-web-dengan-saiz-tampak-lebih-besar/
Post a Comment