Android Tools

Root bukanlah perkataan yang baru dan asing bagi para pengguna telefon pintar yang menggunakan sistem pengoperasian Android. Ia membolehkan pembangun mahupun pengguna biasa untuk memasang pelbagai custom ROM dan boleh dipelajari di XDA Developers. Selain itu, terdapat pelbagai aplikasi root yang terdapat Play Store untuk membolehkan anda menambah pelbagai fungsi pada telefon pintar Android anda.


Namun begitu, seorang pembangun Android Chainfire telah menjumpai kod pada AOSP master tree yang bakal menghalang fungsi untuk menjalankan fail yang terdapat pada partition /data. Kod ini nampaknya bakal melibatkan apliksai root oleh kerana buat masa sekarang, kebanyakan aplikasi root mengekstrak fail pada partition /data. Hal ini bakal mengakibatkan aplikasi root tidak boleh digunakan pada sistem Android selepas pengenalan kemaskini Android terbaru.


aosp-merged-new


Daripada kenyataan Chainfire, terdapat beberapa cara lagi yang boleh digunakan untuk memulihkan masalah ini. Oleh itu, para pembangun nampaknya perlu bersedia sebelum kemaskini ini bakal diperkenalkan tidak lama lagi.



Sumber : ChainFire Via : Phone Arena





Entri: Kemaskini Android Akan Datang Bakal Menghalang Aplikasi Root Berfungsi Republish from: http://nizul.my/kemaskini-android-akan-datang-bakal-menghalang-aplikasi-root-berfungsi/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.