Intel To Purchase McAfee For 7.68 Billion

Pada CES 2014 kali ini, Intel nampaknya telah keluar dari tapuk lama dengan pengenalan beberapa teknologi-teknologi yang menampakkan mereka tidak lagi menumpukan pada pembuatan cip sahaja. Dengan pengenalan beberapa peranti yang dilihat masih ditahap prototaip, ia sebenarnya sesuatu yang dilihat sebagai penyelamat bagi Intel memandangkan mereka gagal untuk menguasai pasaran pengeluaran cip pada peranti mudah alih yang kebanyakan kini dikuasai oleh Qualcomm.


Terbaru, Intel juga nampaknya kini bakal menjenamakan semula perisisan kebanggan mereka iaitu McAfee yang emang tidak asing lagi dengan perisian antivirus kepada Intel Security. Serentak dengan itu, ia kini secara rasminya dinamakan Intel Security namun memerlukan masa selama setahun untuk mengubah jenama ini sepnuhnya.


Intel_McAfee_Security


Daripada kenyataan Intel, ia akan ditukar sepenuhnya apabila terdapat versi baru yang akan diperkenalkan pada tahun ini. Intel juga menyatakan produk tersebut hanya dijenamakan semula dan tiada perubahan pada dasar syarikat tersebut. Intel kali pertama menyatakan niat untuk memiliki McAfee pada tahun 2010 dan kemudiannya membelinya dengan harga $7.7 bilion.




Sumber : TheNextWeb






Entri: Intel Bakal Menjenamakan Semula McAfee Kepada Intel Security Republish from: http://nizul.my/intel-bakal-menjenamakan-semula-mcafee-kepada-intel-security/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.