google-glass-with-frame

Google Glass kini telah mencapai fasa terakhir sebelum ia bakal diperkenalkan kepada para pengguna pada bila-bila masa tahun ini. Namun begitu, kami menjangkakan, ia akan hadir pada Google IO 2014 yang akan berlangsung sekitar Mei atau Jun tahun ini. Dengan pengenalan bingkai kaca mata yang boleh digunakan bersama Google Glass untuk pengguna yang sedia menggunakan kaca mata, ia memungkinkan lagi Google Glass bakal diperkenalkan pada Google IO akan datang. Hal ini adalah kerana, Google sedia memaklumkan bahawa bingai untuk kaca mata ini adalah perkara penting yang perlu diberi keutamaan sebelum mula dibawa masuk ke pasaran.


Bingkai yang dimaksudkan ini adalah bingkai yang mampu dicantumkan bersama dengan Google Glass dan ia mula diperkenalkan dengan harga RM 752 untuk setiap satu. Daripada pengumuman harga ini, ia menjawab spesikulasi sesetengah pihak mengenai harga Google Glass akan lebih murah dari harga yang diperkenalkan sekarang iaitu sekitar RM4500. Jika bingkai untuk kaca mata ini sahaja sudah mencecah RM752, bagaimana pula dengan harga Google Glass?


Sebelum ini, Samsung dilaporkan bakal memperkenalkan Galaxy Glass pada IFA 2014 yang bakal berlangsung bulan Sepetember ini. Google Glass nampaknya benar-benar perlu hadir ke pasaran sebelum Galaxy Glass hadir menguasai pasaran kaca mata pintar.




Sumber : TheNextWeb





Entri: Google Glass Kini Di Peringkat Terakhir Dengan Pengenalan Bingkai Untuk Kaca Mata Republish from: http://nizul.my/google-glass-kini-di-peringkat-terakhir-dengan-pengenalan-bingkai-untuk-kaca-mata/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.