Adobe pada hari ini menerangkan bahawa mereka bakal memperkenalkan kemaskini pada Adobe Photoshop CC yang membolehkan para pengguna mencetak objek 3D yang dibina melalui perisian mengedit gambar yang memang sangat popular ini secara terus kepada pencetak 3D.
Seperti sedia maklum, proses untuk mencetak obejk 3D buat masa sekarang merupakan satu proses yang amat merimaskan memandangkan ia memerlukan pelbagai perisian sebelum objek yang ingin dibina siap tanpa sebarang masalah. Dan kini perkara ini menjadi mudah memandangkan Adobe terus mengimplementasikan fungsi ini kepada Photoshop yang sedia mempunyai fungsi untuk membina objek 3D padanya sejak pengenalan Adobe CS5.
Setelah anda menyiapkan rekaan objek yang ingin dibina, anda boleh untuk menyimpannya dalam bentuk fail ataupun terus mencetaknya menggunakan pencetak 3D yang disokong oleh MakerBot dan 3D System Cube. Ia juga dikatakan boleh digunakan pada pencetak Shapeways namun mempunyai sedikit masalah.
Buat masa ini, tekenologi pencetak 3D belum berjaya memecah masuk pasaran Malaysia sepenuhnya namun kita mungkin bakal mendapatkannya tidak lama lagi. Adobe juga berharap dengan pengenalan fungsi ini pada Photoshop, ia akan membolehkan pencetak 3D ini digunakan lebih meluas pada masa hadapan.
Sumber : GigaOM
Entri: Adobe Menambah Fungsi Pencetakan 3D Pada Adobe Photoshop Republish from: http://nizul.my/adobe-menambah-fungsi-pencetakan-3d-pada-adobe-photoshop/
Post a Comment