guan-eng-terima-ugutan-bunuhGEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi laman Twitter daripada orang tidak dikenali, awal pagi semalam. Menurutnya, beliau tidak mengenali individu yang menggunakan akaun twitter MoonYue18 yang menulis ‘#DynastyLim#CEC#DAPig#@cmlimguaneng cheater! u mati minggu depan’ kepadanya.


Namun Guan Eng masih belum putuskan sama ada mahu membuat laporan polis mengenai perkara itu atau tidak.


Selain itu, pemilik akaun berkenaan juga memaut satu laman blog yang menulis tentang ‘masalah’ yang melanda pemilihan CEC.


“Saya percaya ugutan bunuh yang diterima pagi ini (semalam) ada kena mengena dengan masalah yang melanda dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sebelum ini. Saya berserah dan pasrah dengan ugutan ini dan masih dalam perbincangan sama ada akan membuat laporan polis atau tidak.


“Kalau saya buat laporan (polis) pun, adakah polis akan siasat kes saya ini?. Sama juga dengan kes anak saya yang difitnah mencabul seorang pelajar di sekolah, sehingga hari ini, tiada tindakan diambil oleh polis. Dah buat laporan, tapi tiada tindakan. Serupa juga kalau tak buat laporan.


Bagaimanapun, saya akan bincang dulu dengan peguam, Jagdeep Singh Deo sama ada mahu buat laporan polis atau tidak. Saya akan umumkan perkara ini (laporan polis) esok (hari ini),” katanya kepada media, semalam. Guan Eng berkata, beliau tidak percaya dengan kredibiliti polis kerana ia mengamalkan tindakan undang-undang ‘double standard’ yang hanya mengambil tindakan terhadap laporan sesetengah pihak sahaja.


“Polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap laporan yang saya buat. Mereka hanya layan laporan yang dibuat orang tertentu sahaja. Apa-apa pun, saya akan dengar nasihat peguam saya sama ada perlu buat laporan polis atau tidak kerana saya sifatkan apa yang ditulis di Twitter saya adalah ugutan bunuh,” katanya.


Menjawab soalan media sama ada beliau mengesyaki pelaku itu adalah daripada ahli DAP, Guan Eng yakin ia bukan dilakukan ahli parti.


“Tidak mungkin orang yang mengenali saya akan melakukan perkara seumpama ini,” katanya.






Entri: Guan Eng Terima Ugutan Bunuh Di Twitter Republish from: http://skynightz.com/guan-eng-terima-ugutan-bunuh-di-twitter/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.