INFO POLITIK: Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, Terengganu. PRK DUN Kuala Besut merupakan PRK pertama selepas PRU-13. Berikutan penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair baru-baru ini, maka  Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut diadakan.

Tarikh Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut

  • 12 Julai 2013

Tarikh Hari Mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut

  • 24 Julai 2013

Nama Calon Parti Bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut

  • Barisan Nasional (BN) dari UMNO - Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman
  • Pakatan Rakyat (PR) dari PAS - Azlan @ Endut Yusof

INFO Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut

Maklumat calon bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut

  • Calon BN dari UMNO - Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37 tahun, seorang Jurutera (JPS) Putrajaya. Maklumat Pribadi Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman Facebook
  • Calon PR dari PAS - Azlan @ Endut Yusof, 48 tahun, seorang ahli perniagaan dan kotraktor kelas A serta bendahari PAS Besut. Maklumat pribadi Azlan @ Endut Yusof Info Azlan Endut Yusof

Info Berita Pilihan Raya Kecil Kuala Besut Terengganu

Kini kedudukan kerusi DUN kerajaan negeri Terengganu adalah 16 (BN) - 15 (PR). Sekiranya BN menang, ia akan kembali kepada asal, namun sekiranya PR menang untuk PRK ini, maka ini kali pertama dalam negara jumlah kerusi DUN negeri akan menjadi seri iaitu 16 - 16, dan kemungkinan akan menyebabkan pilihanraya negeri diadakan sekali lagi atau mungkin berlaku kerajaan campuran di antara ADUN dari BN dan PR atau mungkin BN akan terus memerintah juga dengan perkenan Sultan. Rujuk Koleksi Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia

Rekod Keputusan PRU13 2013 DUN Kuala Besut

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut

Merujuk Rekod Pilihan Raya 2013 (PRU13) baru-baru ini, calon BN menang dengan bilangan undi 8809 berbanding calon PAS iaitu Napisah Ismail yang hanya mendapat undi sebanyak 6375, so kelebihan masih berpihak kepada BN dan mereka berpeluang untuk menang sekali lagi. 

INFO POLITIK Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, Terengganu, Tarikh Penamaan Calon, Tarikh Hari Mengundi Pilihan Raya Kecil, Nama Calon Parti Bertanding, Maklumat calon bertanding, Info Berita Pilihan Raya Kecil Kuala Besut Terengganu, Rekod Pilihan Raya 2013 (PRU13) #PRK #Pilihanraya #PRU13 #Politik #Malaysia

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.