Hikmah dan Puasa Bulan Ramadhan. Puasa yang disyari'atkan dan difardhukan oleh ALLAH kepada hamba-hamba Nya mempunyai Hikmah dan Manfaat yang banyak sekali. Di antara Hikmah dan Puasa Bulan Ramadhan adalah ia merupakan ibadah yang boleh digunakan oleh seseorang hamba itu untuk bertaqarrub kepada ALLAH dengan meninggalkan kesenangan-kesenangan dunianya seperti makan, minum dan sebagainya dalam rangka untuk mendapatkan redha Rabbnya dan keberuntungan di kampung kemuliaan iaitudi akhirat kelak. 

Hikmah dan Puasa Bulan Ramadhan

Hikmah dan Puasa Bulan Ramadhan

Dengan puasa ini jelas bahawa seorang hamba akan lebih mementingkan kehendak Rabbnya daripada kesenangan-kesenangan peribadinya. Lebih mencintai kampung akhirat daripada kehidupan dunia. Puasa juga merupakan kemudahan untuk menghadapi darjat taqwa apabila seseorang melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan sesuai dengan syari'at.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa 
Surah Al-Baqarah ayat 183

Orang yang berpuasa bererti diperintahkan untuk bertaqwa kepada ALLAH, yakni dengan mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Inilah tujuan agung dari disyari'atkannya puasa. Jadi bukan hanya sekadar melatih diri untuk meninggalkan makan, minum dan sebagainya. Hikmah dan Puasa Bulan Ramadhan

Apabila kita membaca ayat tersebut, maka tentulah kita mengetahui apa hikmah diwajibkan puasa, yakni bertaqwa dan menghambakan diri kepada ALLAH.

Adapun taqwa adalah meninggalkan perkara-perkara yang haram, dan perkataan taqwa ini ketika dimutlakkan (penggunaannya) maka akan mengandungi makna mengerjakan perintah-perintah dan meninggalkan larangan-larangan.

Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang tidak boleh meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka ALLAH tidak perlu terhadap amalan dia meninggalkan makanan dan minumannya
HR. Al-Bukhariy no.1903

Berdasarkan dalil ini, maka diperintahkan dengan kuat terhadap setiap orang yang berpuasa untuk mengerjakan segala kewajiban, demikian juga menjauhi hal-hal yang diharamkan baik berupa perkataan mahupun perbuatan, maka tidak boleh mencela, ghibah (menceritakan keburukan orang lain), berdusta, mengadu domba antara mereka, menjual barang dagangan yang haram, mendengarkan apa saja yang haram untuk didengarkan dan semua perkara yang dapat melalaikan dari ketaatan kepada ALLAH, serta menjauhi segala bentuk keharaman yang lain.

Apabila seseorang mengerjakan semua itu dalam satu bulan penuh dengan penuh keimanan dan mengharap pahala daripada ALLAH maka itu akan memudahkannya kelak untuk istiqamah di bulan-bulan yang lain dalam tahun tersebut.

Akan tetapi betapa sedihnya kerana kebanyakan orang yang berpuasa tidak membezakan antara hari puasanya dengan hari berbukanya, mereka tetap menjalani kebiasaan yang biasa mereka lakukan yakni meninggalkan kewajiban-kewajiban dan mengerjakan perkara-perkara yang haram. Mereka langsung tidak merasai keagungan dan kehormatan puasa.

Perbuatan ini memang tidak membatalkan puasa tetapi akan mengurangi pahalanya, bahkan seringkali perbuatan-perbuatan tersebut merosakkan pahala puasa sehingga hilanglah pahalanya.

Hikmah dan Puasa Bulan Ramadhan  yang lainnya adalah seorang yang kaya akan mengetahui nilai nikmat ALLAH dengan kekayaannya itu di mana ALLAH telah memudahkan baginya untuk mendapatkan apa yang diinginkannya, seperti makan, minum dan berkahwin serta apa saja yang dibolehkan oleh ALLAH secara syar'i. ALLAH telah memudahkan baginya untuk itu. Maka dengan begitu dia akan bersyukur kepada Rabbnya atas kurniaan nikmat ini dan mengingati saudaranya yang miskin, yang ternyata tidak senasib dengan dirinya. Dengan itu, dia akan memberi derma kepadanya dalam bentuk sedakah dan perbuatan baik yang lain.

Di antara Hikmah dan Puasa Bulan Ramadhan  juga adalah dapat melatih seseorang untuk menguasai dan berdisiplin dalam mengatur jiwanya. Sehingga dia akan mampu memimpin jiwanya untuk meraih kebahagiaan dan kebaikannya di dunia dan di akhirat serta menjauhi sifat kebinatangan.

Puasa juga mengandungi berbagai macam manfaat kesihatan yang direalisasikan dengan mengurangi makan dan mengistirehatkan alat pencernaan pada waktu-waktu tertentu serta mengurangi pengambilan kolesterol yang jika terlalu banyak akan membahayakan tubuh badan. Dan banyak lagi manfaat-manfaatnya yang lain. Sumber Kum pun

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.