Nelayan Gempar Dakwa Temui 'Gadis' Cantik Bak Bidadari di Tepi Pantai adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Nelayan Gempar Dakwa Temui 'Gadis' Cantik Bak Bidadari di Tepi Pantai membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Nelayan Gempar Dakwa Temui 'Gadis' Cantik Bak Bidadari di Tepi Pantai

Nelayan Gempar Dakwa Temui 'Gadis' Cantik Bak Bidadari di Tepi Pantai



BANGGAI, Sulawesi Tenggara - Nelayan di daerah ini gempar apabila mereka menemukan 'seorang' gads cantik yang mirip patung Barbie di tepi pantai di sini baru-baru ini.

Laporan dari pojoksatu menyatakan, penduduk Desa Kalupapi mukim Bakurun bertambah hairan apabila gadis tersebut sangat berbeza dengan remaja perempuan di kampung berkenaan, da diemkan tanpa memakai sebarang pakaian.

Ketika gadis itu ditemui pada 19 April lalu, ia seperti sedang menangis dan tubuhnya hanya ditutupi selendang nipis bewarna putih.

Sehingga kini, penduduk kampung berkenaan menganggap gadis itu sebagai anak bidadari.

Ia berikutan wajah gadis itu mirip dengan anak patung barbie yang mempunyai kening merah, mata bulat dan kulit putih yang bercahaya.

Gadis itu kini berada di sebuah rumah penduduk di desa tersebut.

Menurut penduduk, gadis itu ditemui oleh mereka selepas beberapa saat mendengar bunyi kuat sesuatu yang jatuh dari langit.

Didapati gadis itu sedang menangis tanpa memakai apa-apa, hanya selendang putih yang membalut badannya.

“Selepas ditemukan, gadis itu ditempatkan di sebuah rumah penduduk kampung dan dia diberikan baju serta tudung,’’ kata Rano, nelayan yang menemukan gadis cantik itu.

Meskipun ada dalam kalangan penduduk percaya gadis itu adalah bidadari yang turun dari langit, tetapi ada juga yang tidak mempercayainya.


Namun, setelah siasatan dilakukan, ternyata gadis bidadari itu hanyalah patung mirip manusia dan dipercayai digunakan bagi tujuan seks.

Setelah diteliti dan disiasat oleh anggota Polsek di lokasi penemuan gadis itu di Desa Kalupapi, ternyata bidadari itu tidak ada, sebaliknya ia hanyalah boneka silikon yang ditemukan nelayan.

“Anak patung itu dibawa pulang ke rumah nelayan, diberi pakaian dan diambil gambar sebelum ada pihak menyebarkannya dalam internet,” kata seorang anggota Polsek sebagaimana lapor Utusan Online.

sumber - Siakapkeli.my

Nelayan Gempar Dakwa Temui 'Gadis' Cantik Bak Bidadari di Tepi Pantai ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.