Arwah Pak Yus pemurah dari zaman sekolah lagi: “Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi.” adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Arwah Pak Yus pemurah dari zaman sekolah lagi: “Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi.” membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Arwah Pak Yus pemurah dari zaman sekolah lagi: “Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi.”

Arwah Pak Yus pemurah dari zaman sekolah lagi: “Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi.”


Bukti Yus seorang dermawan.
Bukti Yus seorang dermawan.
“Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sekolah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian.”
Itulah peristiwa dua tahun lalu yang diceritakan seorang kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, di sini, tentang keperibadian arwahYus Jambu atau nama sebenarnya, Yussry Edoo, 39.
Mardiah Abdul Salam, 40, berkata, arwah Yus datang ke sekolah itu untuk menderma bagi pembangunan agama Islam.
Menurutnya, arwah datang kira-kira jam 10 pagi pada 4 Mac 2013 dengan memakai t-shirt, berjaket biru, bertopi dan berkaca mata hitam.
“Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu seorang pelakon dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma.
“Saya terkejut bila sedar lelaki itu adalah Yus. Bila bersembang, dia langsung tak sombong dan sangat merendah diri,” katanya.
Mardiah berkata, arwah tidak mahu menerima resit tetapi sebagai sekolah yang bergantung kepada sumbangan orang ramai, dokumen tersebut sangat penting untuk diserahkan kepada penderma dan sebagai simpanan sekolah.
Katanya, wang yang didermakan oleh arwah Yus itu digunakan untuk sekolah tersebut termasuk Sekolah Rendah Islam Al-Furqan yang ketika itu masih di bawah kelolaan Madi.
Madi merupakan sekolah di bawah pentadbiran Pas Perlis yang mula beroperasi pada Disember 1992 mempunyai 200 pelajar terdiri daripada 15 orang tenaga pengajar.
Abd Kadif (dua, kanan) bersama Yus dan tenaga pengajar SRI 1.
Abd Kadif (dua, kanan) bersama Yus dan tenaga pengajar SRI 1.

MASUK DUIT DALAM TABUNG MASJID

Kisah dermawan Yus tidak terhenti di situ, di tempat asalnya di Kampung Nesam, Yus seorang yang tidak pernah putus memberi derma ke dalam tabung Masjid Nurul Iman kampung berkenaan.
Setiausaha masjid, Ali Hanapiah Mohammad, 49, berkata, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.
“Selalunya saya nampak antara RM200 hingga RM300. Memang arwah sangat pemurah. Malah, setiap kali pulang ke kampung, dia pasti akan ziarah kubur ibu bapanya, Edoo Ismail dan Manis Ismail termasuk kubur abangnya, Rashidi Edoo.
“Itu amalan Yus sewaktu masih hidup. Selain selalu datang berjemaah di masjid, arwah juga turut membeli dua mesin rumput untuk kegunaan masjid yang masih dalam keadaan baik sehingga kini,” katanya.
Ali Hanapiah yang juga sepupu kepada arwah Yus berkata, pelawak itu seorang yang pemurah sejak dari zaman sekolah lagi.
“Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi.
“Sifatnya itu tak pernah berubah biarpun dah jadi artis,” katanya.
Masjid Nurul Iman inilah tempat Yus sering solat berjemaah dan melakukan amal jariah
Masjid Nurul Iman inilah tempat Yus sering solat berjemaah dan melakukan amal jariah

DISENANGI GURU

Bekas guru kepada Yus, Abd Kadif Lebai Shafei, 48, pula berkata, dia mengenali arwah Yus sebagai seorang pelajar yang sangat menghormati guru.
Menurutnya, biarpun Yus bukan seorang pelajar cemerlang dalam akademik tetapi dia sangat disenangi rakan-rakan sekolah dan guru-guru.
“Waktu itu saya warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, arwah Yus ketika itu seorang pemain bola sepak yang aktif.
“Sebagai seorang cikgu agama, saya selalu nasihatkan Yus supaya tak lalai dan Alhamdulillah dia sering ke surau untuk solat berjemaah,” katanya yang kini merupakan guru besar Sekolah Rendah Islam (SRI) 1 Jalan Abi Tok Hashim, di sini.
Abd Kadif berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah Yus pada Julai lalu ketika menjemputnya untuk memberi motivasi kepada 600 anak-anak yatim dan miskin di satu program di sekolah tersebut.
“Ketika bulan puasa, Yus sempat luangkan masa hampir sejam di sekolah kami untuk beri semangat kepada murid dan anak yatim. Dia langsung tak meminta bayaran.
“Dia juga nasihatkan murid supaya mendengar kata cikgu. Saya kagum dengan arwah kerana dia memberi contoh yang baik kepada orang lain melalui keperibadiannya,” katanya.
Guru Sekolah Madi bergambar dengan Yus selepas menyerahkan derma kepada sekolah tersebut
Guru Sekolah Madi bergambar dengan Yus selepas menyerahkan derma kepada sekolah tersebut
Sumber: Sinar Harian

Arwah Pak Yus pemurah dari zaman sekolah lagi: “Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi.” ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.