PUNCA KISAH MISTERI DI RNR TEMERLOH AMAT MENAKUTKAN RAKYAT MALAYSIA - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di PUNCA KISAH MISTERI DI RNR TEMERLOH AMAT MENAKUTKAN RAKYAT MALAYSIA harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
PUNCA KISAH MISTERI DI RNR TEMERLOH AMAT MENAKUTKAN RAKYAT MALAYSIA

PUNCA KISAH MISTERI DI RNR TEMERLOH AMAT MENAKUTKAN RAKYAT MALAYSIA



Rashidah Rashidi, memuat naik beberapa gambar seorang wanita mengendong anaknya yang dianggarkan berusia bawah setahun datang merayu mahu meminjam wang atas alasan beg duitnya hilang dan kebetulan pula minyak keretanya habis.

Ceritanya, Rashidah berhenti di RnR Temerloh untuk berehat dan makan.

Sedang beliau sedang menikmati makanannya, tiba-tiba datang seorang wanita dengan bayinya berbaju putih duduk di hadapannya.

"Kakak tu duduk depan aku. Mata bengkak menangis. Dia merayu nak minta pinjam duit sebab purse dia hilang dan minyak kereta pula habis.

"Akal kata, 'jangan bagi weh, banyak kes orang menipu. Lagipun duit kau dah banyak guna hari ni. Travel sana sini, baiki tayar, lampu, brek, servis kereta. Baki dalam dompet pun ada RM100 something,'

"Aku terus cakap tak ada duit. Kakak itu pula merayu-rayu. Aku tetap berkeras cakap tak ada duit," katanya.

Gagal meminta bantuan dari Rashidah, wanita itu terus bangun dan melangkah pergi.

"Baby itu pandang aku. Dalam hati pula berkata, 'sampai hati kau biarkan kakak tu. Cuba bayangkan kalau kakak itu ibu, baby tu Jojon. Bodohlah kau ni!'.

"Aku terus bangun dan kejar kakak tu. Terus bagi semua duit dalam purse aku. Adeh. Tawakallah. Kalau tipu pun tipulah. Tapi aku tak sampai hati nak tengok muka kasihan baby tu.

"Sempat rakam gambar tetapi gambar jadi kabur tiba-tiba. Tak tahu kenapa," jelasnya.

Setelah wanita itu pergi, Rashidah meneruskan perjalanannya pulang ke rumah.

Namun sampai di Tol Bentong, jurutol tegur Rashidah, 'Kenapa letak duit kat wiper?'.

Rashidah keliru dan apabila melihat cermin kereta depan, memang ada duit. Rashidah menghentikan keretanya di tepi lebuhraya.

"Fuh! Duit RM50 ada 20 keping. RM1,000! Allahu. Aku pandang kiri kanan, siapa yang letak? Meremang bulu roma," katanya dalam status itu yang masih keliru dari mana datangnya wang berkenaan.



Meskipun cerita ini agak menarik, namun timbul persoalan, apakah benar cerita ini atau fantasi semata-mata?

Tampil pula rakan kepada Rashidah menafikan penemuan wang berjumlah RM1,000.

"Itu kawan aku. Memang ada dia bantu seorang makcik. Tapi tak adalah sampai terselit RM1,000. Kawan aku mohon jangan menambah cerita dongeng tentang duit itu. Dia ikhlas membantu. Tak minta diviralkan pun," kata Hikaru Genji.

Pelik, sedangkan berdasarkan apa yang ditulis oleh Rashidah sendiri di wall Facebooknya, sememangnya Rashidah menyatakan penemuan wang sebanyak RM1,000.

Bagaimanapun, sejam yang lalu, Rashidah memuat naik status terbarunya di Facebook yang berpendapat wang RM1,000 itu mungkin diberikan oleh orang yang menyaksikan kejadian yang berlaku di RnR itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal PUNCA KISAH MISTERI DI RNR TEMERLOH AMAT MENAKUTKAN RAKYAT MALAYSIA. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.