MINUM 'AIR BERPERISA MAYAT'
KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terapung di dalam tangki simpanan air di salah sebuah blok perumahan Bukit Damansara pada Selesa lalu.
Mayat lelaki itu ditemui oleh pekerja penyelenggara kondominium berkenaan pada jam 9.25 malam setelah mereka menerima aduan dari penghuni berkenaan bau busuk air yang keluar dari paip rumah.
Penghuni yang terlibat, Abbas, 23, terkejut apabila air rumahnya mengeluarkan bau busuk seakan-akan bau air limbah semenjak Ahad lalu.
Menurutnya, bau dan rasa air itu agak meloyakan. Namun dia dan rakan serumahnya beranggapan paip rumah mereka berkarat.
“Sudah lima hari kami minum dan mandi dengan air tersebut. Hanya kelmarin (Rabu) kami tahu bau pelik dan busuk itu akibat ada mayat dalam tangki berkenaan selepas mendapat notis gangguan air.
“Saya difahamkan pihak pengurusan telah membersihkan tangki itu,” kata pelajar Universiti Help itu ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Difahamkan, blok yang terbabit dihuni hampir 1,000 penghuni.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal MINUM 'AIR BERPERISA MAYAT'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment