ELAUN GURU BESAR & PENGETUA NAIK MULAI 1 JULAI
JITRA - Kerajaan dilaporkan bersetuju menaikkan elaun pengetua dan guru besar mulai 1 Julai depan bersempena dengan sambutan Hari Guru.
Kenaikkan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melihatkan 2,405 pengetua dan 7,757 guru besar.
Elaun pengetua sekolah menengah kini dinaikkan dari RM150 ke RM300 sebulan manakala elaun guru besar sekolah rendah pula dinaikkan dari RM100 ke RM200 sebulan.
"Penambahbaikan ini dibuat kerana pengetua dan guru besar memainkan peranan yang amat penting dalam kecemerlangan sesebuah sekolah bertepatan dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025," katanya pada majlis perasmian sambutan Hari Guru 2015 peringkat kebangsaan di Dewan Wawasan, di sini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana telah memberikan persetujuan terhadap cadangan Kementeriannya untuk menambah baik elaun pengetua dan guru besar.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal ELAUN GURU BESAR & PENGETUA NAIK MULAI 1 JULAI. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment