Ketua Geng 04 Tiram Sasi Mati Ditembak! adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Ketua Geng 04 Tiram Sasi Mati Ditembak! membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Ketua Geng 04 Tiram Sasi Mati Ditembak!






Seorang lelaki mati ditembak di Jalan Kenanga 3, Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru malam tadi.


M Sasitharen, 33, ditembak lelaki tidak dikenali ketika berada di kereta Honda City dipandunya di tempat letak kenderaan depan deretan bangunan kedai tiga tingkat itu.


Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata polis terima panggilan pada jam 7.55 malam berhubung kejadian seorang lelaki ditembak beberapa das.


Katanya, sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi beberapa minit kemudian mendapati mangsa sudah dibawa ke hospital oleh orang ramai.


“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultan Ismail (HSI).


“Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis turut menubuhkan satu pasukan khas bagi melengkapkan siasatan kes ini,” katanya.


Pada Januari lalu, mangsa yang turut dikenali sebagai Tiram Sasi itu pernah cedera ditembak di tempat letak kereta hadapan Pusat Hiburan Century Bell, Jln Permas 10/5, Permas Jaya.


Dalam kejadian itu mangsa ditembak ketika berseorangan dalam kereta jenis Honda City yang dipandunya.


Akibat kejadian itu mangsa cedera akibat terkena tembakan di tangan kanan dan perut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Ketua Geng 04 Tiram Sasi Mati Ditembak! ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.